Sunday 22 December 2013

Hati

Assalamualaikum w.b.t

Lama tidak menyapa blog ini.
Maaf tidak punyai banyak masa untuk menulis dan bercerita.
Banyak yang ingin diceritakan, tapi sukar untuk diluahkan..

Hati ini selalu disuruh berhati-hati.
Dalam memempercayai orang lain.
Ya, aku memang susah nak percaya kat orang sejak kisah 4 tahun yang lalu.
Satu jangka masa yang lama, sudah dimaafkan namun sukar dilupakan.

Biarlah ia menjadi sebagai satu pengalaman dalam hidup.
Bukan mudah menjadi mencari sahabat namun mencari kawan, sekejap saja.

Berkenaan hati, masih tidak mampu untuk diberikan hati ini kepada orang.
Sukar dan terlalu sukar. Aku tidak mampu untuk kecewa.
Biarlah yang benar-benar mahu dan ikhlas, yang memilikinya.
Bukan sekadar tempat melepaskan rasa bosan.

Biarlah aku menjadi milik keluargaku sehingga waktu membenarkan.
Aku ingin segerakan namun ianya takdir Allah, jika Dia mahu cepat, maka cepatlah ia.
Aku hanya mampu berdoa dan meminta kepadaNya,
agar hatiku ini diberikan kepada pemilik yang terbaik.
InsyaAllah jika Dia berkehendakkan begitu.

Namun, tika dan saat ini,
Aku ingin fokus dan menghabiskan baki pengajian yang tinggal.
Peperiksaan akhir bakal menjelma tidak lama,
Harusku persiapkan diri untuk menghadapinya.
Segalanya berjalan seperti yang aku rencanakan. Alhamdulillah.
Moga ini baik buatku.

Apa jua yang hati aku fikirkan dan rasakan,
Biarlah ia berehat seketika dan mencari ketenangan,
Biarlah ia menunggu walaupun jelas di depan mata apa yang dimahukan,
Allah Maha Mengerti...

p/s: Menjaga hati.

0 budi bicara:

Post a Comment

@