Thursday 18 July 2013

Penilaian diri

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua...

Lama tidak menjengah, nukilan dijengah kala hati harus meluahkan ke dalam perkataan.
Ya, dulu aku punya buku, namun bukan kini,
Masa dirasakan tiada walhal ada hanya disia-sia.

Hari bertambah seiring dengan usia jua,
semakin rasa semakin bertambah tanggungjawab,
mungkin ini dikatakan kelaziman dunia.
Namun, jangan hanya berpaksikan duniawi,
walhal ukhrawi itu yang pasti.

Tinggal lebih 3 semester harus ditempuhi
untuk melayakkan diri bergelar lepasan menara gading.
Semakin lama subjek dirasakan kian susah,
Namun, ianya hanya permainan minda saja,
Jika dilabur masa dengan kerajinan,
pasti semuanya senang belaka.

Dan, fikiran tentang masa depan itu jua terpahat,
Ya, aku harus fikirkan ia,
Dimana tanggungjawab sebagai Muslimah.
Kepada Tuhan Yang Maha Esa,
Kepada Ibu Bapanya,
Kepada Keluarga,
Kepada Agamanya,
Kepada Masyarakatnya,
Kepada Dunia seluruhnya.

Doa hanya sebagai perantaran dengan Allah Yang Maha Esa,
Berdoa selagi ada daya,
Meminta kepadaNya tanpa lelah dan jemu,
Ya, Dia Maha Mendengar segalanya,
Jangan pernah lelah,
Barangkali permintaan belum boleh dimakbulkan,
Mungkin mahu menduga titik kesabaran diri,
Bersabar dan terus istiqamah kepadaNya,
Dengan izinNya, masa yang tepat pasti akan tiba.

Bertanya kenapa dan kenapa seperti mempersoalkan ketentuanNya,
lain manusia, lain bahagiannya.
Seringkali melihat apa yang lain ada,
Bukan menilai kembali apa yang telah diberikanNya.

p/s: menulis dengan gaya yang lain kali ini, tukar gaya sat hihihi..

Happy reading everyone.

0 budi bicara:

Post a Comment

@