Saturday 8 June 2013

Dengki

Assalamualaikum...

Berat rasanya ingin menulis...namun ianya perlu diluahkan jua...
Penat.. ya penat..
Sesungguhnya sabar itu separuh daripada Iman...
Dan aku mencuba dan terus mencuba memupuk sifat sabar dalam diri...
Kadangkala kita cuba mengelak masalah, namun ianya datang jua...
Mungkin bukan daripada kita tapi daripada orang lain..
Dan aku rasa ianya merupakan satu bentuk pelajaran yang diberikan Allah untuk aku..
Supaya terus bersabar dalam menghadapi manusia...

Dari sekolah ke zaman universiti...
Perasaan dengki dan tak puas hati selalu kena dekat aku..
Apa salah aku? Setahu aku, apa yang aku dapat daripada usaha sendiri..
Perlu ke ada rasa dengki? Cemburu dengan kawan sendiri?
Tergugat? Ape yang perlu rasa tergugat?
Aku tak kacau hidup korang..
So kenapa nak babitkan aku dalam perasaan dengki dan tak puas hati korang ni?
Sebab tulah bangsa Melayu terperuk kat takat tu saja..
Asyik dengan kerja nak jatuhkan orang lain..

Aku tak takut dengan itu semua...
Rezeki Allah yang bagi bukan korang...
Kita usaha, Allah yang bagi banyak mana kita akan dapat.
Jadi, tak perlu nak rasa tergugat...
Aku bosan dengan manusia macam ni...

Doa la banyak2 kepadaNya agar kita selalu rajin dan berusaha...
Buat solat Dhuha setiap pagi kala waktu free tu takda kelas...
InsyaAllah rezeki itu sentiasa ada dan tak pernah putus..
Percaya kepadaNya...Dia Maha Memberi Segalanya.
Aku percaya dengan segala ketentuanNya...
Dia tahu yang terbaik buat diriku...
Moga aku terus tabah dan sabar dalam menghadapi permasalahan ini..
Sentiasa kuat semangat...

p/s: Fokus kepada exam yang akan datang

0 budi bicara:

Post a Comment

@