Monday 18 February 2013

Tersentak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya hari ni aku boleh jugak cari masa nak tulis kat blog ni..
Lama dah tak buat nukilan untuk diri sendiri...
So, sekarang ni masanya la kot kan...



Semester depan aku masuk tahun kedua, semester 3..
Jadi, tinggal hanya lagi 3 semester baki meneruskan sisa perjuangan...
Bila mana kali ini baru aku tersentak dan terfikir, apa tujuan aku belajar sebenarnya ni?
Adakah semata-mata nak dapat Ijazah, kerja kemudian bagi duit kat mak dan abah??
Aku dah belajar kira-kira 14 tahun, sama seperti orang lain,
tapi pada tahun ke 14 ini baru aku terfikir tujuan aku belajar..

Setelah difikirkan kembali, dan membaca sedikit bahan bacaan,
baru aku sedar, betapa aku telah mensia-siakan peluang untuk beribadat sambil belajar...
Menuntut ilmu dikira jihad fisabilillah...
Jadi, kalau diniatkan nak belajar tu sebab Allah, pasti akan dikira sebagai ibadat kepadaNya..
Maha Suci Allah, yang Maha Pemurah..
Senang je Allah nak bagi pahala ibadat tu...
Aku dah mensia-siakan selama ni...

Jadi, bermulanya semester baru ini, aku niat nak belajar kerana Allah sepenuhnya..
Sebab sem lepas pun aku ada niat belajar kerana Allah, dan .....
aku terasa lain bila menerima keputusan yang keluar...
Walaupun aku tidak mencapai target yang aku nak,
tapi, aku redha dan masih bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada aku..
Alhamdulillah ya Allah...

Dan kepada mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang,
jangan berputus asa, teruskan usaha anda dengan istiqamah dan jangan lupakan Dia..
Walau sehebat mana pun kita, kita masih tak dapat nak tandingi kehebatan Allah..

Sumber : Google

p/s: Kita manusia memang selalu lalai dan alpa...jadi mari kita usaha tingkatkan ibadat kepadanya..

0 budi bicara:

Post a Comment

@