Tuesday 13 May 2014

Keyakinan Diri

Assalamualaikum readers.

Diharap semua sihat dan bahagia selalu.
Hari ni, nak share sikit pasal nak tingkatkan keyakinan diri.
Tips ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
Saya bukan hebat, ramai lagi hebat.
Sekadar perkongsian dari diri yang hina.

Okayy..
First, keyakinan ini boleh dibina sebenarnya.
Engkorang jangan ingat lahir lahir terus dapat self-confidence.
Tak okay. Yang penting kena ada sifat berani dalam diri.
Berani untuk ke hadapan.
Jadi, pastikan diri anda berani dan kuat.

Saya tingkatkan keyakinan diri melalui berhadapan dengan orang ramai.
Sejak sekolah, saya masuk pelbagai pertandingan.
Sekadar mencuba, kita tak tau bakat kita kat mana kan.
Tapi, bila teringat balik, patutlah saya senang bercakap depan orang.
Bermula dari tadika, saya telah menjadi wakil murid tadika untuk memberi ucapan.
So, I guess dari situ kot, saya mendapat keyakinan diri.

Umur meningkat, pelbagai pengalaman melalui pertandingan yang saya masuk.
Bercerita, syarahan, berdialog dalam bahasa Arab.
Semuanya adalah pendedahan kepada meningkatkan keyakinan diri.
Jadi, first step engkorang kena berani okayy...
Berani mencuba, berani kehadapan, berani untuk bercakap.

And so, bila masuk universiti, dengan kepelbagaian pembentangan,
memang cukup mudah bagi korang semua untuk bercakap di hadapan orang.
Ia bukan datang dengan sendiri okay.
Dan juga, untuk bercakap depan orang,
Kita perlukan ilmu.
Ilmu bukan perlu dihafal tetapi melalui pembacaan kita.
Bila kita banyak membaca, kita akan lebih tahu dan sedar betapa ceteknya ilmu yang kita ada.

Jadi, bila kita banyak membaca, untuk menyampaikan sesuatu pembentangan tu,
kita akan mudah untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan.
Jadi, sentiasa bersedia dengan melakukan penyediaan yang sewajarnya.
Dan apa jua soalan yang dilontarkan, insya Allah kita boleh menjawab.

All the best people.

Sunday 13 April 2014

Hati terkesan

Assalamualaikum and selamat pukul 10.45 malam.

Menulis bukan untuk merungut tetapi untuk meluahkan rasa.
Rasa yang tak dapat diucap dan diungkap dengan percakapan.
Mana mungkin aku hilang rasa walau pernah diluka.
Luka pasti tercalit dan terpalit.
Namun, parutnya masih berbekas.

Takut, trauma, terkesan masih lagi ada.
Kadang terlampau berhati hati pun masih terluka.
Biar bersederhana, biar bersahaja.
Aku sampai sudah lelah dengan semua.

Hati ingin disayangi, dikasihi, dicintai, diminati, disukai,
namun seperti aku pernah katakan dulu,
hatiku ini milik Dia, biarlah Dia berikan kepada pemilik yang sebetulnya.

Usaha itu perlu, mana tahu mungkin akan terjumpa,
tapi selagi belum terjumpa, aku bersabar dan terus bersabar.
Niat nak settle down tu mesti ada,
tunggu bila ditentukanNya saja.

Yang pasti, dalam tahun ini, tersimpan segala niat dan matlamat.
Berharap agar dipermudahkanNya.
Merancang adalah pilihan, tapi adalah ketentuanNya.

p.s Moga aku kuat dan tabah dan sabar dan berhenti berharap.