Tuesday 27 November 2012

Selamat tinggal wahai sahabat....

Assalamualaikum...

Terdetik di hati ingin menulis meluahkan apa yang terasa dalam hati kala ini..
Skill menulis aku rasa makin lama makin hilang kot...
Dah tak praktis menulis so aku rasa cara aku menulis makin bosangg...
Tak ape la, aku je yang nak baca blog ni... :)

Kawan oh kawan, bagi aku kawan ni orang yang kita kenali dalam hidup..
Sahabat pula orang yang rapat dan kita sayang...
Aku telah kehilangan seorang sahabat yang aku sayang..
Mengenali arwah semasa aku memulakan diploma aku...
Sedih yang aku rasa sangat menusuk hati aku...
Yaa, aku tahu Allah sedang menguji aku dan hamba-hambaNya yang lain..
Aku kuatkan semangat aku untuk menerima pemergian arwah disisiNya..
Namun, aku tahu, Allah lebih menyayangi arwah...
Arwah telah pergi pada Hari Jumaat, penghulu segala hari dan merupakan pada hari terakhir Jumaat bagi tahun hijrah 1433...
Ketika Allah mengambil arwah, Alhamdulillah, aku mampu mengawal emosi aku..
Tidak mahu aku tangisi pemergian arwah sebab aku tahu ianya hanya akan menyiksa arwah...

Wahai sahabat, daripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali...
Pergilah engkau menemui Sang Pencipta...
Aku disini akan sentiasa menitipkan doa buatmu wahai sahabat walau kita sudah terpisah...
Kenangan kita bersama akan aku simpan sebagai memori untuk aku ingati agar engkau tidak akan aku lupa walau engkau sudah tidak bersama kami lagi....
Temuilah engkau menemui PenciptaMu...
Al-fatihah untukmu wahai sahabat

p/s: Salam rindu dari aku...

0 budi bicara:

Post a Comment

@