Saturday 17 December 2011

Rinduuuuuuuuuuuuuuu

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Dah hampir sebulan masa berlalu dan aku telah pun meninggalkan bumi Merbok..
Jauh disudut hati, pelbagai perasaan yang ada...
Rindu, sayang, sedih dan macam-macam ada...

Rasa rindu, sayang, sedih terhadap bumi Merbok usah dipertikaikan lagi..
Sungguh aku rindu dengan suasana serta orang-orang di sana..
Maaf kawan tidak dapat bersama lagi meneruskan perjuangan bersama kalian di sana...
Aku akan teruskan perjuangan aku di tempat yang lain pula..
Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan mudah dan tenang bagiku...

Rasa teruja, tertanya-tanya, susah hati pula terhadap bumi Dungun yang bakal aku menapak bulan Mac nanti..
Pelbagai rasa menggambarkan rempah dalam hati aku ini..
Aku hanya mampu bermohon kepada Allah moga dikuatkan hati ini untuk hadapi segalanya.

Rasa rindu terhadap seseorang juga masih lagi berjalan...
Dulu semakin aku jauhkan diri, rasa rindu itu semakin dekat...
Namun kini bila aku cuba untuk dekat kembali, seakan rindu itu mahu pergi dari dalam hati aku ni...
Aku hanya mampu berserah kepada-Nya agar diberikan petunjuk..

p/s: O' Allah, If he is the one for me, make his heart closer to me, but he is not for me, make him stay far away from me...

0 budi bicara:

Post a Comment

@