Friday 2 December 2011

Orang Islam ke camtu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni aku memang nak menulis tentang perangai orang Melayu Islam kita...\
Aku terkilan, sangat terkilan...
Untuk pengetahuan, aku baru sahaja bekerja di sebuah restoran makanan segera dalam 9 hari.
Semalam, masa aku nak pergi solat asar jap, ada seorang pekerja lelaki MELAYU ISLAM kata kat aku yang aku ni alim sebab nak pergi solat...
Ape kejadahnya cakap camtu?
Tak tahu ke solat tu WAJIB????? Aku bidas dia balik...
Aku memang pantang kalau hal agama dia main-mainkan...
Kau tu LELAKI, bukan susah pun nak tunaikan solat,
pastikan pakaian bersih lepas tu amik wuduk then boleh terus solat,
beza dengan perempuan yang nak kena pakai telekung segala bagai....
Nak kata aku macam-macam, jangan sampai Allah tarik balik semua rezeki....

Then, pada hari yang sama si assistant manager perempuan MELAYU ISLAM pulak buat perangai...
Dalam pukul 7.40 malam camtu, masa tu customer dah kurang, so aku mintak izin nak pergi solat,
Pastu, boleh dia kata, "Tunggu jap, saya ada kerja,"
Okay fine la kalau camtu, then nak tunggu dia alih-alih dah pukul 7.55mlm camtu customer pun ramai dah datang, cam mana aku nak pergi solat, last-last lebur waktu Maghrib aku....
Aku tak faham apa masalah dia????
Aku nak pergi solat la weh, bukan pergi berjoli.....
Ingat aku suka-suka nak lari dari kerja...
Last-last depan customers aku nangis.....

Eh hello, kalau setakat kerja je cari duit tapi SOLAT langsung tak buat baik tak payah...
Tak berkat mana pun rezeki tu, Ingat sikit, ALLAH yang bagi rezeki....
DIA nak tarik bila-bila masa pun boleh lah...
Dalam sekelip mata pun boleh.....

Jangan sampai bila diri ditimpa kesusahan baru nak ingat DIA...
Masa senang tak nak ingat pulak....

p/s: Ya Allah, kuatkanlah semangat aku untuk menegakkan tuntutan agamaMU ni ya Allah....

0 budi bicara:

Post a Comment

@