Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

Keyakinan Diri

Assalamualaikum readers.

Diharap semua sihat dan bahagia selalu.
Hari ni, nak share sikit pasal nak tingkatkan keyakinan diri.
Tips ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
Saya bukan hebat, ramai lagi hebat.
Sekadar perkongsian dari diri yang hina.

Okayy..
First, keyakinan ini boleh dibina sebenarnya.
Engkorang jangan ingat lahir lahir terus dapat self-confidence.
Tak okay. Yang penting kena ada sifat berani dalam diri.
Berani untuk ke hadapan.
Jadi, pastikan diri anda berani dan kuat.

Saya tingkatkan keyakinan diri melalui berhadapan dengan orang ramai.
Sejak sekolah, saya masuk pelbagai pertandingan.
Sekadar mencuba, kita tak tau bakat kita kat mana kan.
Tapi, bila teringat balik, patutlah saya senang bercakap depan orang.
Bermula dari tadika, saya telah menjadi wakil murid tadika untuk memberi ucapan.
So, I guess dari situ kot, saya mendapat keyakinan diri.

Umur meningkat, pelbagai pengalaman melalui pertandingan yang saya masuk.
Bercerita, syarahan, berdialog dalam bahasa Arab.
Semuanya adalah pendedahan kepada meningkatkan keyakinan diri.
Jadi, first step engkorang kena berani okayy...
Berani mencuba, berani kehadapan, berani untuk bercakap.

And so, bila masuk universiti, dengan kepelbagaian pembentangan,
memang cukup mudah bagi korang semua untuk bercakap di hadapan orang.
Ia bukan datang dengan sendiri okay.
Dan juga, untuk bercakap depan orang,
Kita perlukan ilmu.
Ilmu bukan perlu dihafal tetapi melalui pembacaan kita.
Bila kita banyak membaca, kita akan lebih tahu dan sedar betapa ceteknya ilmu yang kita ada.

Jadi, bila kita banyak membaca, untuk menyampaikan sesuatu pembentangan tu,
kita akan mudah untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan.
Jadi, sentiasa bersedia dengan melakukan penyediaan yang sewajarnya.
Dan apa jua soalan yang dilontarkan, insya Allah kita boleh menjawab.

All the best people.

Sunday, 6 April 2014

Hidup Ini Bukan Segalanya Indah

Assalamualaikum dear blog.

Tiba-tiba rasa nak menulis malam ni.
Menulis untuk meluah.
Kadang kala mulut tidak mampu berbicara apa yang hati rasa.
Bersabar dan terus berlakon bagaikan tiada apa yang berlaku.

Muhasabah diri kadang itu perlu,
buat diri sedar akan kelemahan yang ada pada diri ini.
Aku sedar, terlalu banyak kekurangan diri yang kadang aku rimas.
Terutama kurang sabar dengan kerenah orang.
Orang kadang kata buat tak tahu je tapi mampu ke kita begitu sampai bila bila?

Tuhan tahu aku kurang sabar, Tuhan tahu aku cepat marah,
Dihantarkan aku ke Dungun.
Tempat yang mengajar aku erti sabar dan menahan marah.
Tempat yang mengajar aku berhadapan dengan manusia yang suka mencari salah.
Tempat yang mengajar aku untuk berdikari dengan sepenuhnya.
Tempat yang memberi aku segala-galanya yang aku perlukan dalam kehidupan ini.
Tempat yang mendidik aku untuk sentiasa bertahan dan kuat untuk diri sendiri.

Aku belajar darinya walaupun aku tidak menyukainya.
Kadang kita perlu belajar untuk suka dan terima benda yang kita tidak suka.
Dengan cara itu Tuhan mengajar kita mengenali dunia.
Dunia ini bukanlah indah sepenuhnya,
penuh perisa dan rasa.
Kalau semuanya indah, syurgalah namanya.

Setiap semester pasti akan ada permasalahan / konflik berkaitan manusia.
Aku tidak pernah menganggu hidup orang tapi,
aku lupa manusia kini kurang timbang rasanya terhadap orang lain.

Kisah rakan sebilik, rakan sekelas, orang sekeliling dan segalanya.
Mampu bersabar dan redha dengan segalanya.
Kadangnya tidak semua benda yang berlaku adalah kesukaan kita.
Selagi kita ada iman dan percaya pada apa yang ditakdirkan dan diaturkan untuk diri kita,
kita akan sentiasa kuat dan terus melangkah dalam hidup ini.

10:41 PM UiTM Dungun's library

p/s: Sabar

Saturday, 15 October 2011

Perlu ke jadi dewasa.? Ahh, takmau la

Assalamualaikum....

Now its already 1.02 AM and I haven't sleep yet...
I just feel something that disturb my mind..
Really bothering me at the moment where people are sleeping..

Yet, I haven't make up my mind about my future..
It is just around the corner and I have less than 1 month to decide..
Its hard..really hard where I hope the decision that I will make is not influenced by feeling..
Yeah, it is really hard to make decision in our life as I think Im gettin' bigger and more older..
Okay, I lied, Im juz 19 y/o...

But, this is the price that everybody has to go through in the life..
As we gettin' older, we have to make our own decision which will affect our future...

*psss, I feel like I want to be a baby girl back...
Don't have to bother anybody...
Don't have to think...
Don't have to make decision..
Just need to open out the mouth and eat...lalalala it was a great feeling..
But, stop dreamin la...
Im 19 and just a few month away, I will be 20...
Ohh goshh...Im gettin older and need to be matured in all aspects..

Takmau la jadi adult ni...
Nak jadi kanak-kanak ribena takbule ke?
Adehhhhhh...

p/s: The age gettin older and older...which I hope I could change the bad attitudes that I have.. ^_^