Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Sunday, 13 April 2014

Hati terkesan

Assalamualaikum and selamat pukul 10.45 malam.

Menulis bukan untuk merungut tetapi untuk meluahkan rasa.
Rasa yang tak dapat diucap dan diungkap dengan percakapan.
Mana mungkin aku hilang rasa walau pernah diluka.
Luka pasti tercalit dan terpalit.
Namun, parutnya masih berbekas.

Takut, trauma, terkesan masih lagi ada.
Kadang terlampau berhati hati pun masih terluka.
Biar bersederhana, biar bersahaja.
Aku sampai sudah lelah dengan semua.

Hati ingin disayangi, dikasihi, dicintai, diminati, disukai,
namun seperti aku pernah katakan dulu,
hatiku ini milik Dia, biarlah Dia berikan kepada pemilik yang sebetulnya.

Usaha itu perlu, mana tahu mungkin akan terjumpa,
tapi selagi belum terjumpa, aku bersabar dan terus bersabar.
Niat nak settle down tu mesti ada,
tunggu bila ditentukanNya saja.

Yang pasti, dalam tahun ini, tersimpan segala niat dan matlamat.
Berharap agar dipermudahkanNya.
Merancang adalah pilihan, tapi adalah ketentuanNya.

p.s Moga aku kuat dan tabah dan sabar dan berhenti berharap.


Monday, 31 December 2012

Bersabarlah

Assalamualaikum...

Seronok bila membaca blog orang...
Pelbagai pandangan dan pendapat dapat dikongsikan dan dalam masa yang sama mengetuk hati untuk sama-sama berubah...
Recently, aku baru baca blog seorang akak senior aku dulu...
Sampai je satu post memang sangat mengusik hati aku...
Tentang bersabar...

Bagi aku tak ramai orang yang sanggup bersabar kat dunia...
Orang mudah hilang sabar disebabkan sesuatu...
Aku boleh klasifikasikan diri aku sebagai seorang yang sabar mengikut keadaan..
Dan selama aku hidup 20 tahun ni..
Banyak juga dugaan dan cabaran yang diberikan Allah kepada aku..
Dan aku bersyukur dengannya kerana perkara sebegitu membuatkan aku menjadi kuat sehingga hari ini...

Betapa tabahnya hati kakak ini bersabar dengan kekasih hatinya...
Andai juga aku mampu untuk membuat sebegitu...
Namun, aku sedang menuju ke arah itu untuk lebih bersabar dan bersabar...
Moga Allah titipkan rasa sabar dalam hati aku ni...

Aku kagum dengan kakak ini yang sentiasa sabar melayan kerenah si kekasih hati...
Walau terpaksa menahan rindu, pedih, perit, sakit hati dan walau selalu menitiskan air mata...
Begitulah manusia, apa yang aku nampak situasi dia sama macam situasi aku...
Namun, begitulah hidup ini...
Aku hanya mampu bertahan setakat yang aku mampu..

p/s: Moga Allah permudahkan segalaNya...hanya kepadaNya aku bermohon

Sunday, 14 August 2011

cinta......

Assalammualaikum...cinta ohh cinta..

Alahai, penting sgt ke cinta ni?
aku confuse ni....kdg2 kan, ada org terdesak mncari cinta, ada yg wat tak endah dan ada yg berbahagia kerana cinta..
Aku? aku plak bahagia tanpa cinta si jejaka.. :PPP
Cinta yg aku ada saat ini ialah cinta kpd Allah, Rasul, Ibubapaku, keluargaku...

cinta kat si jejaka takda la...
bukannya taknak tapi i need some time to heal...really need it...
Sakit sebab kisah dulu msih lagi aku terasa...
Takut pisang berbuah dua kali..

Kepada awk2, sorry sgt2...
bukan saya taknak trima korg, but pleaseee understand me..
Luka tu takda tapi parut masih berbekas...
Saya perlukan sikit masa...
sikit je, takbanyak pun...

Tapi, kalau awk2 tak sanggup untuk tunggu, saya relakan awk2 pergi...
Jika ada jodoh antara kita, walau dipisah oleh sempadan negeri ke sungai ke, kita tetap akan bersatu jua...
Tu pegangan saya..
"kalau ada, adalah, kalau takda tu maknanya sy bukan pndamping awk di syurga nanti"

p/s: whatever it is, I LOVE YOU... <3

Friday, 1 July 2011

I Love You...kehkehkeh BERITA TERKINI!!!

Assalammualaikum & selamat sejahtera...

Berita dari Kolej Mahsuri UiTM Kedah di bilik bernombor F3-02-05...

Seorang pelajar bernama Nur Afiqah Azhar telah pun meluahkan perasaannya di dalam sebuah blog iaitu
"Speak Your Mind Through the Writing"..

Beliau memberitahu bahawa beliau mempunyai kira-kira 10 orang kot sebagai senarai 10 orang yang beliau SAYANG..inilah orang2 tersebut..

Tempat pertama jatuh kepada AZIZAH MD AKIL & AZHAR MOHD YASIN...(mak pak dia la wei)
nak masuk minang jumpa depa dua orang kat atas ni ye....kehkehkeh

Tempat ke-2 jatuh kepada THE FAMILY (hat ni sume adik2, toknek, sedara mara ada)

Tempat ke-3 telah dimenangi oleh KAWAN-kawan...(sebab ada dua kali perkataan kawan jadi maknanya ramai la) orang-orang tersebut ialah :

<3 SITI NUR FATIN BT BUNTARAM
<3 NUR ANIS BT MASUD
<3 NAZIRAH  BT MOHAMAD NOOR
<3 FARAH WAHIDAH BT AHMAD

Cukuplah tulih 4 org je yaaaa... :D (ada lagi ni)

Tempat ke-4 ialah takda sape weh..cukupjelah takat itu...Fiqa kata dah habis dah...dah taktau nak bubuh sapa lagi..

Sekian sahaja satu pembongkaran tentang insan yang disayangi Nur Afiqah Azhar..
Sekian cikgossip melaporkan dari Kolej Mahsuri...tengtengtengtengtengtengtengteng (background music)

p/s: boringg nihh, nak study, malas pulakkk (p la jauh setan oiii)