Tuesday 24 July 2012

Entry 4 July

Assalamualaikum and happy 4th Ramadan...

Sekian lama tidak menulis dan sekarang rasa mahu menulis dengan jayanya.
Busy dengan segala paper untuk final exam dan pabila 'start'nya cuti sem,
godek2 la student portal uitm nak tengok kalendar akademik,
dan secara tidak sengajanya, telah terbaca tarikh keputusan peperiksaan untuk keluar...
Nahh, ni diaaa



Ya Rabbi, hati tidak tenang dikala itu, 3 Ogos??? Mak aiii, cepat bonar niii...
Harus bersedia mental nii....InsyaAllah, segalanya bakal dipermudahkan-Nya...

Alhamdulillah untuk bulan Julai ini, telah rasmi menjadi pemegang biasiswa bagi sebuah syarikat..
Dan setelah itu, rezeki telah bertambah, syukur ya Allah.
Harus usaha dengan lebih gigih dan tekun, skema sangat. :p

Actually, lately rasa SANGAT malas yaa amat nak tulis menulis ni
Facebook pun aku dah tak update, malas dah ehhh,
Rasa macam zaman aku nak update segala bagi dah berlalu..
Aku rasa macam zaman aku dah berubah la pulak,
cop2, aku yang berubah kot..

Blog ni cuma tempat persinggahan aku untuk bercerita,
namun bukan semuanya since nanti takda sisi private pulak hidup aku ni...

Alhamdulillah, Ramadan kali ini aku berpeluang jaga opah dan atok aku..
Sedih melihat mereka berdua bila terbayang berbuka berdua sahaja...
So, selagi hayat dikandung badan, aku akan cuba berbakti sebaik mungkin,
Bantulah aku ya Allah....

Pasal lelaki pula, aku tak tau nak cakap ape,
since aku rasa la kan, aku takda orang yang istimewa dalam hidup aku ni selain family...
Erm,,,,maybe aku boleh cakap Encik R kot sebagai insan istimewa itu...
Mungkin la, bukan betul pun lagi, since aku pun tak pasti...
Tapi, setelah kenal almost a year, Encik R tu okay la kot..
Ciri-ciri yang aku nak, alhamdulillah dia ada...
Aku cuma mampu berdoa yang terbaik..
Pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati..
And he is a wise man. :D
Terimas Encik R.. heeeeee
Dan dia berjanji satu perkara..apakah?? tiada apa, cuma rahsia aku sahaja.
Kalau ada jodoh, insyaAllah akan berlangsung jua majlis..

Yang penting sekarang ialah pelajaran aku,
Menumpukan sepenuh perhatian nak 'grab' Ijazah Sarjana Muda,
then after grad, terus bekerja dengan syarikat itu untuk kontrak 2 tahun,
selepas itu, tidak tahu lagi...
Aku cuma tunggu sahaja, mana lah tau kot2 dapat title baru :p

Itu sahaja untuk bulan julai ini...
Mood menulis tidak seaktif dulu sebab entah lahhh......huhhhhh

p/s: Moga kehidupan ini diberkati oleh Nya..aamiinnn

0 budi bicara:

Post a Comment

@