Thursday 3 November 2011

Manusia kini sudah hilang nilai-nilai yang ada dalam diri.

Assalammualaikum dan selamat hormat... :)

Kata-kata ayah aku membuatkan aku terfikir...
Manusia kini sudah hilang nilai-nilai yang ada dalam diri..
Sekali cakap, baru bergerak..
Okay, aku bagi contohlah...
Nak tunggu seseorang tu buat kerja tanpa disuruh sangat lah PAYAHHH...
Bagai pahat dengan penukul...

Kita lihat saja di sekeliling kita, ada tak orang yang akan buat kerja dengan rela hati..
Cuba kita sua duit untuk suruh orang itu buat kerja, pasti dia akan lakukannya..
Itulah manusia, makin lama makin buta.....
Buta dengan wang...

Tapi lupakah manusia, mungkin kita mahu lari dari satu tanggungjawab yang seharusnya kita buat...
Tapi, Allah itu MAHA ADIL...
Kita lari dari satu tanggungjawab tapi Allah akan bagi tanggungjawab yang lain..
pernah tak kita terfikir...

Mungkin kita lari dari kerja kita tapi Allah pasti akan bagi kerja yang lain..
Mana mungkin hidup di dunia ni senang je..
Hidup senang hanya di syurga sana....

0 budi bicara:

Post a Comment

@