Monday 31 October 2011

Kenapa tiba-tiba kecoh pasal kahwin muda eh?

Assalamualaikum...salam hormat semua :)

Dah lama tak update blog tapi bila baca entri2 blogger yang ada semua dok cakap pasal kahwin muda..
Tetibe je teruih jadi isu besar..Aku pun rasa ingin tahu tentang pendapat orang pasal kahwin muda ni..
Yelah, kahwin bukan hanya untuk setahun dua namun biarlah ia berkekalan hingga ke akhirnya...
Aku juga ada niat untuk berkahwin, tapi bukan sekarang la...

Okay, bagi aku paling penting adalah niat untuk berkahwin tu..
Kenapa nak kahwin?? Tanya diri sendiri...
Ada orang cakap, kahwin muda ni dapat mengelakkan maksiat, ye aku setuju..
Tapi, guna akal untuk fikir mengenai tanggungjawab yang bakal dipikul..
Jika dulu fikir pasal diri sendiri...
Dah kahwin kena fikir pasal pasangan, keluarga mentua..bukan kau dan aku tapi kita
Tak boleh nak ikut kepala sendiri...
(cakap macam dah kahwin je..hehehe)

psstt, actually aku telah ditanya oleh seorang jejaka pasal kahwin ni...
Dia mahu aku jadi isteri dia...
Namun, aku tidak menolak dan tidak juga menerima..
Jawapan aku satu je,
 "kalau sanggup tunggu saya sampai saya habis belajar dan ada jodoh antara kita, maka insyaAllah, kita pasti akan bersatu jua"
Itu janji aku kepada dia...
Alhamdulillah, dia masih berpegang pada janji itu sama juga dengan aku...

p/s: kalau aku terima awal2, maknanya kahwin muda la aku.. :P

0 budi bicara:

Post a Comment

@