Wednesday 21 September 2011

Lagu sekarang tak seronok langsung...

Assalamualaikum...

Jujur aku suka belajar sambil dengar lagu..
Ayah aku marah buat macam ni, tapi aku dah biasa..
Tapi, lagu sekarang, ah bukan sedap pun sebagai halwa telinga..
Sakit telinga aku dengar lagu-lagu sekarang..

Lepas tu lirik entah pape...
Menyakitkan telinga je mendengarnya...
Tak puitis langsung...
Sama juga macam lagu raya yang baru...
Tak makan dalam...

Kalau dengar lagu raya dulu-dulu..
Masuk sangat-sangat ke dalam hati...
Boleh rasa tentang Raya...
Tapi bukan lahu sekarang...
Orang bukan nak tengok kuantiti tapi mahukan kualiti..
Setakat hasilkan lagu banyak-banyak tapi tak berkualiti buat ape...

Frankly, I love to hear those songs which are from 80s and 90s..
Sangat lembut di telinga aku untuk didengar..
Muziknya tak ada lah bagai nak bagi gegendang telinga pecah...

p/s: Love to hear Air supply, Chicago, Sudirman, Maher Zain but the best medicine is al-Quran ...  ^_^

0 budi bicara:

Post a Comment

@