Tuesday 5 July 2011

Tahniah, anda dapat PHD!!! Teruskan usaha...

Ahhh manusia, tak boleh tengok orang lain lebih sikit daripada dia..
Bila orang lain lebih daripada dia mulalah cakap macam2..
Orang tu macam nilah, orang tu macam tulah,
tak layak dapat benda tulah..macam2 kata-kata sinis yang keluar daripada mulut wangi dia tuh...
Ahh, persetankan itu semua..

Yang pasti apa yang kita ada ni sepatutnya disyukuri dan jika ada orang lain yang lebih daripada kita,
kita tumpang gembira bukannya mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya......

Orang dengki ni macam-macam yang boleh diputarbelitnya...
Yelah, dah benci + tak suka kat orang yang lebih daripada dia...
mana tahan tengok orang tu...

Jadi, satu cara untuk puaskan hati, sebarkan cerita yang bukan2 takpun menuduh perkara yang tak betul pasal orang yang didengkinya itu....
Selalunya perkara ni pun berlaku jika seseorang itu dapat rezeki lebih seperti naik pangkat ke, gaji naik ke, dapat imbuhan ke dan macam-macam lagi lah, boleh figure sendiri kan??


Pendengki2 ni bukannya ape, dah malas lepas tu nak tuduh orang macam2...
Ehh, helllo....you tengok diri you tu macam mana, usaha pun tak seberapa tapi nak lebih, MANA BOLEHH...lepas tu mula la cakap bukan2 pasal orang yang dia tak puas hati, and jika difikir secara logik, bahan yang digunakan itu sangat tidak masuk akal ok..

Contoh:
 "Eh, kau tak sesuai la pakai laptop Apple, aku lagi sesuai sebab aku tau macam mana  nak guna software dia" kata si Pendengki.. (mcm owner tu tak reti nak belajar je)
"Ala, bolehlah kau jadi Ketua Pengawas, anak cikgu lah katakan," 
"Kenapa lah dia dapat markah lagi tinggi dari aku, padahal aku tak nampak pun dia study, bodek lecturer lah tu,"
Macam2 lagi lah....ni baru sikit.

Whatever it is, Allah sudah tentukan rezeki kita tu macam mana, tapi selagi kita berusaha dengan gigih tanpa kenal erti putus asa & jemu, InsyaAllah, pasti akan ada ganjarannya...

USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN (InsyaAllah)


p/s: Haters make us famous.. :D

1 budi bicara:

Rosmawani♥ said...

goodluck yer :)

>>datang dari gegar blog julai :)
dah follow awk..jom follow sy jgak untuk smangat sy.. maceh2...
rizaros.blogspot.com

Post a Comment

@