Baik hari ni saja-saja la nak cakap pasal mitos orang Melayu...
Masyarakat Melayu lama kaya dengan pantang larang yang diwariskan kepada
anak masing-masing dalam usaha mereka menjaga perlakuan keluarga dan
hubungan sesama anggota masyarakat mahupun kepada alam sekitar.
Sekali dengar sesetengah pantang larang Melayu lama seakan-akan menyekat kebebasan individu
dan kedengaran seperti tidak masuk di akal, meskipun hakikatnya pantang
larang yang dikenakan itu dapat dilihat ‘kebenarannya’ sehingga kini.
Sesetengah orang melihat pantang larang Melayu lama tidak lagi sesuai
diamalkan pada masa kini kerana bimbang boleh memesongkan akidah
masyarakat khususnya dalam hal berkaitan kejadian, jodoh, rezeki, ajal
dan maut kerana ia di tangan Ilahi.
Bagaimanapun jika diteliti sesetengah daripada pantang larang Melayu
lama ada sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan boleh diterima pakai
sehingga ke hari ini apalagi tidak kurang yang mempunyai nilai menjaga
kesihatan.
Pantang larang mandi malam umpamanya bertujuan untuk menjaga kesihatan
pelaku yang terbukti akan mudah diserang pneumonia dan begitu juga
dengan kecenderungan meminum air batu bagi mengelakkan individu mudah
dijangkiti selsema mahupun demam.
Larang membiarkan tempayan beras di rumah kosong dengan alasan
memendekkan rezeki sebenarnya bagi memberi peringatan kepada tuan rumah
agar sentiasa bersedia menerima tetamu dan tidak lokek menjamu mereka.
Begitu juga dengan larangan membuang air di tempat yang tidak sepatutnya
dengan alasan akan dimarahi penunggu sehingga mendatangkan penyakit,
hakikatnya bertujuan menjaga adab dan kebersihan alam sekitar.
Bagi gadis pula yang dilarang menyanyi di dapur kerana dibimbangi lambat
mendapat jodoh, hakikat bertujuan memastikan mereka memberi tumpuan
dalam pekerjaan yang dilakukan serta mengelakkan daripada berlakunya
pembaziran sekiranya masakan hangus kerana leka berhibur.
Larangan makan dalam pinggan sumbing kerana hutang akan bertimbun
sebenarnya perbuatan itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw dan
memudahkan diri dijangkiti kuman yang berkumpul pada bahagian yang rosak
itu.
Tidak ketinggalan larangan memakan kepala ikan dengan alasan akan
menyebabkan seseorang itu lambat menghafaz pelajaran sebenarnya turut
diterima pakai dalam amalan melahirkan tahfiz sehingga hari ini.
Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM),
Siti Nor Awang, menafsir pantang larang yang diamalkan dalam masyarakat
Melayu dulu sebagai panduan hidup mengenai perkara yang boleh dilakukan,
larangan dan wajar.
“Masyarakat tradisional belajar sesuatu melalui lisan dan pantang larang
yang menjadi amalan disampaikan dari generasi ke generasi berbanding
masyarakat tamadun terdahulu yang belajar melalui tulisan mahupun
manuskrip,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala
Lumpur, baru-baru ini.
Baginya pantang larang dalam masyarakat Melayu ialah sesuatu yang
dipersetujui mengenai perkara tertentu untuk dijadikan panduan hidup
selain ‘dihormati’ dalam usaha melahirkan keharmonian bermasyarakat dan
mewakili nilai mahupun norma sepunya.
Siti Nor berkata, pantang larang juga bertujuan melahirkan masyarakat
sihat seperti dapat dilihat melalui larangan mandi pada waktu malam yang
sebenarnya mengelakkan pengamalnya daripada diserang pneumonia jika
sudut perubatan semasa digunakan dalam menilai perkara itu.
“Masyarakat Melayu lama cerdik dalam menyampaikan ‘peraturan’ dengan darjah keseriusan berbeza
dan ia dapat dilihat melalui kesan dan akibat yang dikatakan berhubung perbuatan melanggar larangan yang ditetapkan,” ujarnya.
Melarang ahli keluarga meniarap sambil menyilang kaki ke atas dengan
alasan ibu pelaku cepat meninggal dunia sebenarnya bagi menjaga
kehormatan diri manakala duduk di atas bantal menyebabkan bisul lebih
kepada kawalan perlakuan bersopan.
Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, melihat
pantang larang menurut sudut agama dan adat yang
diwarisi daripada nenek moyang, wajar diamalkan selagi tidak bercanggah serta selari dengan kehendak al- Quran mahupun sunnah.
“Orang Melayu lama mengadakan pantang larang berdasarkan pengalaman
mereka sehingga ia sebati dalam pemikiran masyarakat dengan
sesetengahnya bertentangan wahyu Allah SWT. Pantang larang yang berbau
khurafat dan bertentangan dengan al-Quran serta sunnah, wajar
ditinggalkan,” jelasnya.
Dr Nik Mohd Rosdi berkata, sesetengah pantang larang orang Melayu yang
berkait dengan kuasa ghaib sebenarnya bertujuan menimbulkan rasa takut
pada masyarakat dan dipercayai sepenuhnya, sewajarnya diubah dengan
mendahulukan akidah dan ajaran Islam.
“Dengan mendahulukan akidah dan ajaran Islam dalam perkara berhubung
pantang larang, kita masih mengekalkan tujuan baik iaitu menghindarkan
perkara buruk menimpa diri dan membendung diri daripada melakukan
sesuatu perbuatan tidak sopan,” katanya.
Oleh Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad
Sumber : sini lohh
p/s: ada kebaikan sebenarnya pantang larang nih, nak bagi kiasan sikit dalam teguran...
Tuesday, 31 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 budi bicara:
wah layan jiwang crew gak.. :)
@ peep ahaha...layan bese2 je... :D
Post a Comment
@