Thursday 5 May 2011

Ahaa....ada ape dengan jejaka Lombok???

Hari itu, ada baca paper pasal seorang wanita yang telah melarikan diri ke Lombok selama 13 tahun..
Satu jangka masa yang ckup lama..
Tiba-tiba muncul dalam fikiran, ingatkan benda ni baru lagi, rupanya sudah lama berlaku,
thats mean, jejaka Lombok sudah melarikan ramai anak gadis dari Malaysia.
Selalunya sasaran mereka adalah gadis yang baru belasan tahun, sangat muda.
Gejala ini sangat berleluasa ketika ini.

Mungkinkah gadis Malaysia ini sememangnya ada hati dengan jejaka Lombok ini?
Ataupun mereka telah diguna-guna oleh jejaka Lombok ini?

Sebenarnya diri ini ckup kesian dengan gadis-gadis yang kurang bernasib baik ini..
Kenapakah mereka tak bernasib baik?
Yelah, bagi saya Malaysia dah cukup sempurna walaupun tidak semaju negara Jepun,
namun begitu, kenapa menyusahkan diri pergi ke negara yang diketahui kurang bernasib baik daripada negara kita ini?
Mengapakah mahu menyusahkan diri untuk hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..tidak bersyukurkah kita dengan segala rezeki yang ada di negara sendiri..

Saya berharap agar gadis-gadis diluar sana untuk berhati-hati, sementelah kita tahu bahawa bnyk sangat ancaman kepada gadis-gadis yang masih mentah ni.


Diharap, ibu bapa memantau anak-anak mereka terutama si gadis kerana, mostly, mereka yang dibawa lari ini telah berkasih dan berkawan rapat dengan jejaka Lombok ini..
Semoga mereka yg masih lagi berada di sana dapat dibawa pulang dengan segera..InsyaAllah..


P/S: pesanan untuk diri ini jua..mohon agar dijauhkan dari semua ini..amin...

0 budi bicara:

Post a Comment

@